meh klik

noktah

HATI ini ALLAH berikan utk kita...

HEBATnya HATI boleh BERBICARA tanpa SUARA...

Hebatnya HATI mampu MENANGIS tanpa AIRMATA...


TAPI jgn lupa hebatnya HATI juga boleh menghancurkan IMAN kita...

LEMAHnya HATI dgn BISIKAN suara NAFSU....

♥ Jadi JAGAlah HATI kita dgn seBAIK-BAIKnya, Insya-Allah ♥





*copy paste dari teman fb




:')


Semalam....
awak datang ke dalam
hidup saya. Saya cuba berikan CINTA
semampu yang saya tahu. 
Awak ajar saya, apa tu KASIH SAYANG, 
awak ingatkan saya apa itu RINDU...

Tapi.....


tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa
beritahu apa salah saya yang
sebenarnya..

Hari ini...

saya cuba jadi kuat. Cuba
menjadi tekad seperti mana diri saya

sebelum awak muncul dalam hidup
saya.



 Andai kata....



di luh mahfuz
mmg sudah tertulis nama awak
sebagai takdir hidup saya, saya
terima dengan hati terbuka. Sebab
saya masih sayangkan awak.




Tapi jika ada yang lain tertulis "dia"

adalah jodoh saya yang sebenarnya,
saya minta 1 sahaja. Doakan saya
mampu lupakan awak.
 



Sebab....

saya mahu mencintai pasangan dunia dan
akhirat saya setulus hati. Kerana
dialah " pelengkap buat kaki saya
melangkah ke syurga "


p/s: ini entri copy paste dari teman facebook








untitled :p


"matilah kau   didalam hatiku, bawa pergi saja dirimu sampai ke dasar lautan,
matilah kau bersama cintaku, banyak berharaplah dirimu semoga dapat bahagia.. 
berharaplah..."

Bagi pendapat peribadi mira, lirik lagu ni kejam. rasa macam keji giler bila sampai tang "BERHARAPLAH". it just like  ermmmm sindiran kasar. hahaha..!

mira sedang layan lagu ni sekarang ni. situation not exactly same tapi ada sikit-sikit lah rasa sama. huhu. 
cuma dalam hati ni cakap hurmmm sanggup ke aku? tak sanggup rasanya tapi... PERLU buat jugak. perlu 'bunuh' dia dalam hati ni. lalalala~ 

actually it just random post. tak payah serius sangat. hihik.
alrite. till we meet again. in shaa ALLAH.
daaa~

ni la dia. sambil keje sempat lagi snap kat jamban. wakakaka kau haderr?

i'll write as much as i can. cuma masa sangat tak mengizinkan sekarang. kepada followers, tq sebab setia sebagai followers mira^_^


yeahh saya sekarang bergelar pekerja :)

assalammualaikum.

since mira dah bekerja skrg. yes! BEKERJA. so i'm a little bit of busy lately. ye. sampai lupa pada blogger yang dulu puas dahku luahkan perasaan. hak3.

mira dah sebulan kerja under company DAMANSARA ASSETS sdn bhd. mira as customer service assistant. mira kerja kat bahagian mall. maka, sangatlah seronok sbb luas pemandangan kat Galleria@Kotaraya tu. (sebelum ni dipanggil Plaza Kotaraya) yes! hri ni mira genap sebulan bergelar pekerja yang comel. wakakaka muntah iollsss.
so far, kerja ok. kawan2 ok, and tak dilupakan encik bos pun ok jugak. senang citer mira selesa kerja sini. alhamdulillah.
mira kepilkan beberapa keping gmbr sepanjang dah bergelar pekerja ni hek. kih3. jakun sungguh dahku ini.
haaa lupa nk kabo, mira ada nama baru. kat tempat keje diorang panggil MIA sbb taknak berlaku kekeliruan. ada kawan unit foodcourt nama mira jugak. so panggil mia ja senang. kikikiki

haruslahhh letak muka iolsss 



yg pakai spec kak siti, yg free hair kak amy, sblh kak amy itu lah cik kak mira unit foodcourt tu

ok tu ja. doakan mira sentiasa k. 
tenkiu uolllsss.
thanks fr reading ^_^

ek eh terberkenan pulak :D



"lepaskanlah... lepaskan semua, tiada makna jika bersama, dalam hidupku setiap hari, yang kita pasti ada masalah dengannya"

tetiba dengan muka poyo-poyo nyanyi lagu ni. siapa tahu ni lagu apa angkat tangan cenggini \0/ \0/ \0/
hihi comel pulok tangan mini tu.
okay ekceli takde kaitan pun lagu LEPASKAN by WANNA ALI ni dengan apa yang bakal aku share ni.
tengah blur otak tak tahu nak letak tajuk apa. 

maka sepanjang menaip ni sebenarnya lum ada tajuk. miahahahah *nada ahli sihir 

siapa tengok drama kau yang terindah tadi?

*bunyi kipas siling*

langsung takde suara jawab SEBAB TAKDE ORANG NAK LAYAN. kikikiki

mira pun tak tengok tapi tadi masa opening dia kebetulan mira ada kat ruang tamu.  terlanjur tu tengok lah sipi-sipi gituwww. terberkenan pulak dengan ayat-ayat yang neelofa, mat indon tu dengan nazim hensem cakap. sebab tak tengok citer ni, kadang pun bila dah tengah-tengah baru lah tengok sikit maka memang tak pernah tengok opening dia.

maka dari itu, daku terberkenan. maka dari itu juga, daku laju-laju search kat youtube. maka dalam hati pun cakap,

"ini kalau taruk kat blog ok gak ni"

biasalah I kan memang suka sangat semua nak letak kat blog. konon cute ah tu. *motip? 

ok la siapa-siapa yang berkenan gak dengan ayat ni, nahhhhh ini untuk korang :)



ok gudnite. daaaa~

kalau lah ......





"kalau lah aku ada kuasa super power, aku berharap sangat aku boleh buang memori yang aku taknak, yang aku BENCI dalam otak aku macam format memory card. bagusnya......


tapi, apakan daya......







 itu semua khayalan aku ja...





HAHAHAHHA! 










senyum tetap senyum. peace tetap peace. 
(kikiki, ketawa sopan)

byeee :)

random post di malam hari


 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

assalammualaikum dan selamat malam.

sekarang ni jam menunjukkan angka 10:29 malam. waktu yg memang untuk merehatkan mata rehatkan badan la senang kata.

suara-suara nakal bisik2.......

"elehhh lek ah, bru kol 10 bhai. apa barang tidur awal2. tak bandar ah wa ckp lu" 

apa kena mengena bandar dengan kampung? masa mira balik kampung sebelum ni (bukan waktu raya) rilex ja tengok orang kampung tidur lambat. hahahahahha!

agaknya mira ni memang terlahir suka membebel merapu2 baru pergi ke tujuan asal. kuangkuangkuang.

"jangan salahkan ibu mengandung, salahkan perangai sendiri"

gini, sebenarnya mira nak citer. masa minggu lepas mira kerap sangat dapat mimpi2 ngeri. memang menakutkan sangat.

mula-mula mira mimpi orang tapi badan ular sawa yang memang besar sangat sangat. campur panjang lagi.
boleh bayangkan tak, muka orang pastu badan ular besar? seram tak seram.

yang kedua mira mimpi dah mati tanam sendiri. tengok-tengok mayat dalam kubur diri sendiri. memang terkejut sangat. takut. sampai la ni terbayang2 lagi mimpi2 ni.

yang ketiga, yang ni best. bukan mimpi ngeri tapi best. mira mimpi mira gi menunaikan umrah. suasananya indah dan memang best sangat. sebagai umat islam, memang untuk ke tanah suci adalah impian kami.
jika satu hri nanti ada kemampuan, memang teringin nak jejak kaki di sana. 

melalui mimpi2 yang mira alami. mira dapat satu kesedaran. mungkin sebelum ni mira leka mira lalai tanggungjawab miura sebagai orang islam. mungkin ada sebab kenapa mimpi2 tu datang. 
sejak dapat mimpi2 ngeri, mira memang sentiasa amalkan ayat kursi untuk lindung diri. mudah-mudahan takde anasir jahat cuba masuk dalam diri. kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat kan.

mira cuba untuk jadi lebih baik dari sebelum ni. mira harap kawan2 boleh sama2 doakan mira tak tersasar lagi dari tanggungjawab mira. moga-moga hari-hari mendatang akan jadi lebih baik dari hari-hari sebelumnya. 
bumi pun dah semakin tua. mira jadi takut bila fikirkan apa yang akan jadi bila dah meninggal nanti. 
bila tengok muka sendiri kat cermin, dalam hati cakap, muka aku masih boleh tersenyum tak nanti tatkala malaikat nak tarik nyawa aku??? 

rasa berdebar2 dalam hati. takut. ya! takut sangat...........

nanti sambung lagi okay. tata kesayangansss :)

puas aku cari jumpa jugak akhirnya *ketawa gumbira

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



































ku pilih hatimu tak ada ku ragu
mencintaimu adalah hal yang terindah
dalam hidupku oh sayang
kau detak jantung hatiku
setiap nafasku hembuskan namamu
sumpah mati hati ingin memilihmu
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku
janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
setiap nafasku (setiap nafasku)
hembuskan namamu (hembuskan namamu)
sumpah mati (sumpah mati)
hati ingin memilihmu (ku milikmu)
dalam hidupku oh sayang
kau segalanya untukku ooh
janganlah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti di saat ragaku
sudah tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
dan menutup mata ini untuk yang terakhir
oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
sampai nanti di saat nafasku
sudah tidak berhembus lagi
karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
cinta sampai mati
apakah ini yang secara mentiba-tiba terpampang dengan font yang ala-ala comel khas untuk semut ja baca? kikikiki. ohhh rupanya sang lagu. 
lama lah juga daku mencari lagu  yang diberi tajuk "KU PILIH HATIMU" ni. nama penyanyi hang cari sendiri. hamboi haih takkan semua u nak i suap u. tak curlasssss la gitu. cehhh GITUWWW. miahahaha
pelat itu seni tau, awak apa tahu? muehehhe 
memula dengar lagu ni masa iklan drama slot samarinda kat tv3 tu. HARHARHAR. mungkin ada para2 kalian mentertawakan mira sebab mira sangat ketinggalan. mira google punya google, *pasal lagu ja pun google bagai nak rak* over sangat I tau. hihi. haa baru tahu lagu ni sebenarnya dah lama ler jugak. cuma mungkin sebab mira tinggal kat hutan amazon maka memang susah lah nak dapatkan frekuensi radio lantas tertinggal segala-galanya. cehhhh berdrama sangatttttt. hahahahah!
bila dah jumpa, terus blog lah. apa lagi. blog kan umpama diari gak. konon semua apa yang rasa nak share terus on laptop ligat menaip like everyone is waiting for ur new entry. kuangkuangkuang. cuma agak2 bila menulis jangan sampai kacau sensitiviti blogger2 lain juga pembaca2. ayat bajet mcm ramai ler sangat orang singgah blog kau. gaknye takde. last2 baca ja sendiri apa yang ditulis. hahahahah FOREVERALONE terus. SOBSS.(caplocks bermaksud agak tidak ikhlas) ;p
letak gambar memang wajib ka? "takpun tapi kau yang tak tau malu"
.............."nangis2 lari sambil hingus leleh"

jumpa lagi sayangsss. tata
p/s: harap maklum entry ini hanya suka-suka. tiada kaitan mira konon bagi lagu ni pada encik future pakwe mahupun kepada sesiapa. mira minat lagu ni. jadi untuk suka suka ja. peace with love :-*

ini luahan hati saya, awak apa tahu. miahaha

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

assalammualaikum.

cadang hari ni nak lepaskan post yang dah berlumut sikit yang mira sorok dalam draft. hahaha. tapi malas lah. nanti baru mira publish. hari ni post entry lain.

pun bukanlah nak berceloteh panjang umpama surat utusan berjela panjang. hihi. cuma coretan sikit ja. maklum lah senah oiii, i kan jiwang sikit.

'awak apa tahu? suka hati saya lah'

*tetiba* HAHA HAHAHA (ketawa ala prof.klon dalam filem cicakman) 

gambar ehsan facebook. lupe ah facebook sapo ngee

haaa inilah yang digempar gempurkan SANGAT tu. sangat la sangat kan. 

'saya jenis yang setia, sebab itu saya benci pada orang yang tak setia, setia itu antara awak dan saya, kalau awak faham, ribuan terima kasih gua ucapkan' 

mula-mula control ayu bajet sopan saya saya, hujung ayat hambek gua terus. *peace*

p/s: mira tukar header baru ngehngehngeh

LOLs 

AKU TERIMA NIKAHNYA OFFICIAL TRAILER FULL MOVIE



tak sabar tunggu filem ni. tengok trailer dia pun dah sedih. huaaa tak sabar tunggu 11 october ni. memang laju-laju nak gi nonton.

ayat nora best sgt " sebab awak lelaki pertama dan terakhir dalam hidup saya, awaklah pelindung, awak sahabat dan awak segala-galanya bagi saya"
*nangis* miahahha

okay nanti kita sama-sama tonton filem ni okay.
till then. byee :)

peluang kedua itu PERLU, juga PERLU dihargai


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

assalammualaikum.

salam 8 syawal,

salam 1 malaysia,

salam sayangggg ;-)

since i have no idea nak menulis berjela-jela panjang this morning.
so i've made up my mind to came up with..........


taraaaaaaa

this !!!

ehsan khadilmulQuran on facebook


jumpa lagi nanti. wasallam :)

aku & dia dah putus (artikel copy & paste dengan izin)

Assalamualaikum
“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”
“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan aku dengar…”
“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“so sekarang?”
“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah…Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “
p/s :  Semoga bermanfaat :)
.
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….
.


dari: tekan sini


mira tertarik dengan artikel di atas. maka pantas jari mencopy. tapi dah mintak izin dulu okay. tu ha kat atas siap mira dah letak link sumbernya dah. jangan nakal-nakal tuduh mira curi yee.
terima kasih kepada penulis yang berjaya menulis sesuatu yang bermanfaat.
untuk perkongsian bersama. 

printscreen dari fb. page panduanislam.com


salam aidilfitri kawan-kawan


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

hi assalammualaikum semua. salam lima syawal :)

seperti yang dijanjikan mira akan gigih menulis entri kemeriahan aidilfitri yang mira rasa tahun ni. 
ekceli, tiap tahun pun memang meriah ja raya. tiap tahun macam biasa pagi raya macam keluarga-keluarga lain buat juga.

yang paling best, walaupun usia semakin menginjak dewasa. tapi duit raya huluran mak ayah serta saudara mara tak pernah segan nak masuk dalam simpanan mira. hihihi. terima kasih uollss. kekeke. 

kuih raya jugak tak penat-penat nak masuk dalam mulut. pantang nampak kuih-kuih yang menggoda lantas dengan rakusnya melantak. miahahha. biasalah setahun sekali ja kan. maka takku lepaskan peluang keemasan ni. 

raya tahun ni mira raya kat rumah maklong kat impian emas dan jugak rumah atok kat bandar baru uda. walaupun tak merasa suasana beraya di kampung. tapi mira tetap seronok. kumpul ramai-ramai. pakcik-pakcik dari jauh semua pun kumpul kat rumah atok. 

kesimpulannya, mira rasa tahun ni walaupun ada KURANG sana sini. mira tetap bersyukur apa adanya. sambutan aidilfitri tetap meriah. mira dah tulis entri aidilfitri kali ni. nanti mira nak baca dari korang jugak k. kalau rajin, tinggalkan link kat komen. pasti mira kunjungi :) *ayat kebajetan kefemesan* muahahha

seperti biasa. layan gambarss.....

happy family ever :)

hero selamanya iaitu encik ayah

partner sejati iaitu puan emak

mak, mira dan adik bersama puan atok

puan emak bersama puan-puan makcikku

4 anak dara bersama sorang mak budak yang berbaju hitam. dak yang mira dukung tu anak puan berbaju hitam tu lah. :)

bersama para-para sepupu cilik zira dan ani

bersama encik makcik iaitu DEA

bersama encik adik. huahuahua

diri sendiri bersama empunya nama comel nur nazatul akma iaitu sepupu yg gemuk plus petah 


itu sahaja gambar yang boleh dikongsikan kat blog ni. banyak-banyak lambat nak tunggu upload. miahaha. selebihnya mira dah buat album kat fesbuk. jemput-jemputlah singgah kalau rajin. kuikuikui. moga-moga kita sentiasa buang yang keruh dan ambil yang jernih bukan hanya pada bulan bulan tertentu, tapi tanamkan dalam diri setiap waktu. hati pun insyaALLAH lebih tenang jika sentiasa memaafkan sesama kita :)

akhir kata, SALAM LEBARAN semua.

lots of love,
miraa

nukilan sang hati


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

petang tadi. bila ku ketuk pintu hati lantas bertanya "masihkah ada tertinggal parut-parut luka? TIDAK!"
lantang hati ini menyahut. seraya itu aku mengucapkan jutaan terima kasih untuk segala-galanya. terima kasih kerana hati ini tidak lagi menangisi dan merintih sesuatu yang belum pasti hasilnya. terima kasih sekali lagi.

kalau dulu bila berakhir sudah segalanya. lantas hati ini merintih kesedihan. air mata tak tertahan menitis di pipi. hati robek berkecai umpama kaca terhempas ke lantai. tapi sekarang. terima kasih yang mampu aku ucapkan kerana kau, aku selangkah lagi mematangkan diri ini. 

aku hargai setiap apa yang pernah kau     aku lalui. setiap detik aku menikmati agar tidak tercubit kerugian tatkala harus merelakan ini semua berakhir. 

hari ini hati aku berkata, " bila dia pergi dulu, puas aku cari disetiap pelusuk bumi aku menangis kerinduan bayangan wajahnya tidak pernah lekang dari mata. aku meratapi kehilangan itu. tapi sekarang aku pelik aku tercari-cari dimana perginya titisan air mata aku? hilang kemana semua takungan air mataku?" 

baru aku sedar. ya... mungkin itulah yang mematangkan aku. hati aku masih selembut dulu cuma dapat aku rasakan disebalik kelembutan itu tersisip ketegasan hatiku. aku terdiam. aku terfikir sejenak. 

akukah orang yang tidak pandai menghargai? akukah orang itu. lantas hati menyahut "TIDAK". terpempam aku dengan sahutan itu. apa benar hatiku ini ataupun cuma...... ahh persetankan itu.

aku teringat ada orang pernah berkata, "bila ada suka, mesti ada sayang, tapi bila ada sayang belum tentu ada cinta". hmmm membuatkan aku terfikir bolehkah kiranya aku menambah SIMPATI  di antara ayat-ayat itu. cinta yang hadir bersama simpati? bagi aku, itu menyedihkan. kerana itu tanpa kepastian..

sebab.....

bila simpati itu makin pudar maka aku rasakan mungkin cinta itu akan turut pudar sama. aku bertanya hatiku lagi. tok tok tok. ku ketuk lagi pintu hatiku tetapi jawapannya hanya degupan-degupan yang tidak pasti.

hmmmmm. 

puas akal fikiran dimomokkan dengan keindahan cinta palsu buatan manusia. puaslah juga terkadang diri dirasuk cinta indah tapi palsu itu tanpa mengetahui dimana titik akhirnya. sampai satu saat nanti, bila cinta itu tak mampu disemai lagi, maka terputuslah puing-puing yang dulu pernah menyatukannya. 

bergetar tanganku. menggeletar tubuhku. padaku, ini semua berkait sesamanya. apa yang berkait? 

"bila kau rasa perasaan ini, maka kau akan faham kaitan yang aku maksudkan"

maka sekarang aku lebih memilih SENDIRI. bagiku, sendiri itu tidak pernah sendiri. 
lupakah yang masih ada PENCINTA abadi diatas sana. lantas serasa bagai mahu ditampar-tampar digulingkan diri sendiri kerana alpa dengan semuanya. "YA! semuanya." hatiku tiba-tiba bersahut.

maka dari itu, aku memilih untuk menyendiri buat beberapa ketika. tolong fahami bahawa aku sisipkan segala-galanya itu sebagai momen terindah dalam hidup aku. untuk kesekiannya aku bertanya kepada hati, "apakah benar jalan ini yang aku pilih?  apakah benar andai aku sisipkan semua itu sebagai momen terindah kau   aku?
............................... .......... lama hati ini terdiam.

ku cuba ketukan yang terakhir. jawapannya yang kudengar, "YA. tetapi hanya didalam kesamaran". sehingga ke penulisan terakhir aku masih tercari-cari kemana menghilang linangan air mataku? aku masih mampu tersenyum sehingga ke detik ini.
untuk itu. 
untuk kesekian kalinya...

aku mengucapkan jutaan terima kasih atas kematangan yang kau beri ini. dari kejauhan kutitipkan doa agar kebahagiaan yang sudah tertulis untukmu akan kau temui. doaku sebagai seorang TEMAN. kumohon agar ALLAH ringankan sdikit demi sedikit beban kesakitan yang ditanggung olehmu. aku percaya kau akan dapat mengatasinya. juga... aku yakin kau akan lebih bahagia tanpa aku disisimu. aku tahu hati aku juga PASTI mampu. jangan kau risau. kerana tidak sekelumit dendam kusimpan dalam hati ini kepadamu. moga-moga kebahagiaan akan datang untuk aku dan YA. untuk kau juga. SALAM PERPISAHAN.


dari,

 

aidilfitri 1433H


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalammualaikum. 

hari ni mira belum nak buat full entri pasal raya this year. cuma saja nak posting ngada2. hihi.
nanti esok atau lusa mira akan post full entri. so sayang2 semua! salam aidilfitri. *nanti poskan mira duit raya ek. muahahaha. 

ehemm, kat jari tu bukan cutic ok. tp inai yang lum kering. jangan slh faham tau *peace*

i'll be right back soon! so, thank you for reading my  beloved followers!

comel sangat. ok fine -.- haha

Assalammualaikum.



















nahhh! amek rakus gila lepas beri salam terus tepek muka si comel ni. hahah. berlambak mira letak gambar dia. siapa dia ni? nama dia MOON MASON. "amaran keras kepada baby korea ni, sila jangan berada berhampiran dengan penulis belog orkedkemboja.blogspot.com kerana bimbang anda akan menjadi mangsa akibat kecomelan tahap melampau anda". amaran KERAS okay! miahahahha. rasa nak gigit-gigit je dia ni. aiyakkkk! 

ok terima kasih. bai.