meh klik

salam aidilfitri kawan-kawan


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

hi assalammualaikum semua. salam lima syawal :)

seperti yang dijanjikan mira akan gigih menulis entri kemeriahan aidilfitri yang mira rasa tahun ni. 
ekceli, tiap tahun pun memang meriah ja raya. tiap tahun macam biasa pagi raya macam keluarga-keluarga lain buat juga.

yang paling best, walaupun usia semakin menginjak dewasa. tapi duit raya huluran mak ayah serta saudara mara tak pernah segan nak masuk dalam simpanan mira. hihihi. terima kasih uollss. kekeke. 

kuih raya jugak tak penat-penat nak masuk dalam mulut. pantang nampak kuih-kuih yang menggoda lantas dengan rakusnya melantak. miahahha. biasalah setahun sekali ja kan. maka takku lepaskan peluang keemasan ni. 

raya tahun ni mira raya kat rumah maklong kat impian emas dan jugak rumah atok kat bandar baru uda. walaupun tak merasa suasana beraya di kampung. tapi mira tetap seronok. kumpul ramai-ramai. pakcik-pakcik dari jauh semua pun kumpul kat rumah atok. 

kesimpulannya, mira rasa tahun ni walaupun ada KURANG sana sini. mira tetap bersyukur apa adanya. sambutan aidilfitri tetap meriah. mira dah tulis entri aidilfitri kali ni. nanti mira nak baca dari korang jugak k. kalau rajin, tinggalkan link kat komen. pasti mira kunjungi :) *ayat kebajetan kefemesan* muahahha

seperti biasa. layan gambarss.....

happy family ever :)

hero selamanya iaitu encik ayah

partner sejati iaitu puan emak

mak, mira dan adik bersama puan atok

puan emak bersama puan-puan makcikku

4 anak dara bersama sorang mak budak yang berbaju hitam. dak yang mira dukung tu anak puan berbaju hitam tu lah. :)

bersama para-para sepupu cilik zira dan ani

bersama encik makcik iaitu DEA

bersama encik adik. huahuahua

diri sendiri bersama empunya nama comel nur nazatul akma iaitu sepupu yg gemuk plus petah 


itu sahaja gambar yang boleh dikongsikan kat blog ni. banyak-banyak lambat nak tunggu upload. miahaha. selebihnya mira dah buat album kat fesbuk. jemput-jemputlah singgah kalau rajin. kuikuikui. moga-moga kita sentiasa buang yang keruh dan ambil yang jernih bukan hanya pada bulan bulan tertentu, tapi tanamkan dalam diri setiap waktu. hati pun insyaALLAH lebih tenang jika sentiasa memaafkan sesama kita :)

akhir kata, SALAM LEBARAN semua.

lots of love,
miraa

No comments:

Post a Comment