meh klik

nukilan sang hati


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

petang tadi. bila ku ketuk pintu hati lantas bertanya "masihkah ada tertinggal parut-parut luka? TIDAK!"
lantang hati ini menyahut. seraya itu aku mengucapkan jutaan terima kasih untuk segala-galanya. terima kasih kerana hati ini tidak lagi menangisi dan merintih sesuatu yang belum pasti hasilnya. terima kasih sekali lagi.

kalau dulu bila berakhir sudah segalanya. lantas hati ini merintih kesedihan. air mata tak tertahan menitis di pipi. hati robek berkecai umpama kaca terhempas ke lantai. tapi sekarang. terima kasih yang mampu aku ucapkan kerana kau, aku selangkah lagi mematangkan diri ini. 

aku hargai setiap apa yang pernah kau     aku lalui. setiap detik aku menikmati agar tidak tercubit kerugian tatkala harus merelakan ini semua berakhir. 

hari ini hati aku berkata, " bila dia pergi dulu, puas aku cari disetiap pelusuk bumi aku menangis kerinduan bayangan wajahnya tidak pernah lekang dari mata. aku meratapi kehilangan itu. tapi sekarang aku pelik aku tercari-cari dimana perginya titisan air mata aku? hilang kemana semua takungan air mataku?" 

baru aku sedar. ya... mungkin itulah yang mematangkan aku. hati aku masih selembut dulu cuma dapat aku rasakan disebalik kelembutan itu tersisip ketegasan hatiku. aku terdiam. aku terfikir sejenak. 

akukah orang yang tidak pandai menghargai? akukah orang itu. lantas hati menyahut "TIDAK". terpempam aku dengan sahutan itu. apa benar hatiku ini ataupun cuma...... ahh persetankan itu.

aku teringat ada orang pernah berkata, "bila ada suka, mesti ada sayang, tapi bila ada sayang belum tentu ada cinta". hmmm membuatkan aku terfikir bolehkah kiranya aku menambah SIMPATI  di antara ayat-ayat itu. cinta yang hadir bersama simpati? bagi aku, itu menyedihkan. kerana itu tanpa kepastian..

sebab.....

bila simpati itu makin pudar maka aku rasakan mungkin cinta itu akan turut pudar sama. aku bertanya hatiku lagi. tok tok tok. ku ketuk lagi pintu hatiku tetapi jawapannya hanya degupan-degupan yang tidak pasti.

hmmmmm. 

puas akal fikiran dimomokkan dengan keindahan cinta palsu buatan manusia. puaslah juga terkadang diri dirasuk cinta indah tapi palsu itu tanpa mengetahui dimana titik akhirnya. sampai satu saat nanti, bila cinta itu tak mampu disemai lagi, maka terputuslah puing-puing yang dulu pernah menyatukannya. 

bergetar tanganku. menggeletar tubuhku. padaku, ini semua berkait sesamanya. apa yang berkait? 

"bila kau rasa perasaan ini, maka kau akan faham kaitan yang aku maksudkan"

maka sekarang aku lebih memilih SENDIRI. bagiku, sendiri itu tidak pernah sendiri. 
lupakah yang masih ada PENCINTA abadi diatas sana. lantas serasa bagai mahu ditampar-tampar digulingkan diri sendiri kerana alpa dengan semuanya. "YA! semuanya." hatiku tiba-tiba bersahut.

maka dari itu, aku memilih untuk menyendiri buat beberapa ketika. tolong fahami bahawa aku sisipkan segala-galanya itu sebagai momen terindah dalam hidup aku. untuk kesekiannya aku bertanya kepada hati, "apakah benar jalan ini yang aku pilih?  apakah benar andai aku sisipkan semua itu sebagai momen terindah kau   aku?
............................... .......... lama hati ini terdiam.

ku cuba ketukan yang terakhir. jawapannya yang kudengar, "YA. tetapi hanya didalam kesamaran". sehingga ke penulisan terakhir aku masih tercari-cari kemana menghilang linangan air mataku? aku masih mampu tersenyum sehingga ke detik ini.
untuk itu. 
untuk kesekian kalinya...

aku mengucapkan jutaan terima kasih atas kematangan yang kau beri ini. dari kejauhan kutitipkan doa agar kebahagiaan yang sudah tertulis untukmu akan kau temui. doaku sebagai seorang TEMAN. kumohon agar ALLAH ringankan sdikit demi sedikit beban kesakitan yang ditanggung olehmu. aku percaya kau akan dapat mengatasinya. juga... aku yakin kau akan lebih bahagia tanpa aku disisimu. aku tahu hati aku juga PASTI mampu. jangan kau risau. kerana tidak sekelumit dendam kusimpan dalam hati ini kepadamu. moga-moga kebahagiaan akan datang untuk aku dan YA. untuk kau juga. SALAM PERPISAHAN.


dari,

 

No comments:

Post a Comment