meh klik

masih ada harapan part 2

Assalammualaikum.

Ligat je tangan ni menaip malam-malam ni. entah apa mood tetiba teringat sambungan dari rentetan post INI. Boleh juga dikategorikan sebagai melunaskan hutang tergendalanya post itu. kehkehkeh. 

okay chill. 

toksah duk gelak sakan sangat malam-malam. adalah akan menimbulkan tanda tanya kuasa enamratus sama ada suara manusia ataupun sebaliknya.. *nada pengacara misteri nusantara* 

begini ceritanya ya ya ya. 9 julai ini iaitu hari senin, ayah mira akan pergi ke hospital untuk menjalani scan satu badan. *ayat stok budak darjah 1 sewaktu menjawab kertas soklan BM penulisan*

appoinmentnya pukul 2petang. untuk pengetahuan korang, ayah mira akan menjalani pembedahan pasang implan ditulang pinggul yang patah tu. sebab tu kena scan satu badan. pastu ada lah prosedur-prosedur sebelum doktor mengesahkan sama ada boleh teruskan operation or not. kalau sebelum ni scan tu akan mengambil masa lebih kurang 5jam, sekarang pun sama je kot. maka bolehlah tidur jap sambil tunggu. hewhewhew. 

okay lah. tu je untuk part2. insyaALLAH bila result scan nanti keluar, mira update lagi.

apa-apa pun, mira harap kawan-kawan boleh tolong doakan supaya operation ini dapat diteruskan dan ayah mira akan kembali berjalan. insyaALLAH. amin. 

ayah @HSI,JB


terima kasih. nite luv! 

4 comments:

  1. semoga ayh awk cpat sembuh...insyaallah..:)

    ReplyDelete
  2. semoga pokcik cepat sembuh..may Allah bless him always :)

    ReplyDelete