meh klik

kahwin dah =)

assalammualaikum.


hari ni da 28 disember 2011,lagi dua tiga hari kaki dah nak pap pap melangkah ke tahun baru dua ribu doblas.semestinya yang ada wishlist tu berusaha keras nak dapatkan hajat masing2 sebelum 1 hb kan.
ha,disebabkan tu,saya dengan mengada2 saja nak meng'update' entri pasal sepupu saya yang dah selamat diijabkabulkan pada tanggal 17 september 2011.hari persandingan pulak keesokkan harinya iaitu 18 september.*ada kaitan ke dgn wishlist tu.haha.
ehemm,sape sepupu yang saya maksudkan tu.nama dia siti fairus,tpi memang dari kecik panggil amy.saya panggil dia kak amy.dia antara sepupu saya yang sangat comel.
majlis perkahwinan mereka juga antara yang terbesar dan ter'grand' dalam keluarga saya.walaupun majlis ni dah lama,bulan 9 kan.kot ada dlm hati pembaca cakap 'eleh dah lama pun nak citer'. hihi.memang lah baru ni saya nak update.maklumlah bulan 9 blog saya belum lahir lagi lah.kuikui.
okaylah teman2 sekalian,saya penat nak bebel bebel bebel bebel panjang2 lagi.
majlis kahwin semestinya gambar tu penting.kenang-kenangan.
jom men'scroll down' kebawah. 


abang hairi dan kak amy selepas majlis akad nikah.saya takde T__T

malam berinai,masa ni saya takde jugak.wuwuwu

majlis sanding.saya ada wee :)

teka mana saya?ahakk

ni gambar fevret saya.cari mana saya.ihikk

muka penulis yang bajet cute haruslah ditepekkan.haha

lupa pulak eden nak cakap kat mana langsungnya majlis ni.semestinya di kota tinggi rumah makngah saya.nak tahu sebab apa saya takde masa majlis akad nikah dan malam berinai,sebab kesian kat ayah kalau tidur kat uma makngah iaitu mak kepada kak amy.tak selesa,maklumlah ayah saya tak sihat.busuk2 rumah sendiri jugak selesa.oppss rumah saya wangi tau.jadi kami datang esoknya je.masa majlis sanding.
ucapan saya,moga ikatan perkahwinan kalian kekal bukan sahaja hingga ke tua dan punya anak cucu cicit serta seterusnya,tapi insyAALLAH kekal hingga ke syurga.amin~

terima kasih. 
*kak amy sila bagi royalti kepada saya kerana menulis entri tentang kalian.wahahah

No comments:

Post a Comment