meh klik

andai aku bercinta lagi



Assalammualaikum.


mira ingat nak post pasal balik kampung, mandi manda di air terjun tempoh hari. tapi batalkan dulu hasrat sebab banyak pulak gambar kena ditapis dan diedit dulu sebelum sesedap rasa tempelkan kat blog kesayangan. nanti mira update okay. bukan janji tapi pasti *nada david teo


so hari ni kita membebel pasal benda lain. pasal lagu. kehkehkeh. kalau korang selalu baca blog mira, tak sah kalau takde membebel pasal lagu. bajet macam peminat seni tegar padahal bila tanya selenge2 tak tahu apa-apa. kuangkuangkuang.
pernah dengar tak lirik lagu berbunyi begini......


"andai ku bercinta lagi suatu hari nanti, tunjukkan dimana ruang hati untuknya yang masih belum kau huni, apabila tiba waktu bersemuka, ku perlu pejamkan mata, dan memaksa lafaz cinta dengan bayangmu diminda, malam tidak berpurnama, fajar tiada kejora, aku hilang didalam gelita kalbu, tanpa dirimu asaku mati....."


ecehhhh bajet suara merdu kalah sity nurhalisa letteww. wahahaha XD
kalau korang penonton setia drama "AMEERA" yang kat tv3 dan pendengar tegar EraFm, confirm lagu ni dah macam makanan kat telinga korang. gerekk sehh lagu ni wa cakap lu *ayat nak bajet singaporean wakakaka!~


first dengar lagu ni masa ada sorang kawan fb post. tengok nama penyanyi dia MOJO, terus rasa macam berkenan nak tahu siapa mojo ni. rupanya Aweera yang OIAM masa sama ngan tomok tu. ada baca paper pasal lagu ni, dia cakap lagu ni memang berdasarkan kisah benar kawan kepada pnulis liriknya iaitu Edry KRU. kalau tak silap dia cakap yang kawan dia punya isteri meninggal sebab sakit then terhasillah bait-bait lirik yang indah ni. lupa lah suratkhabar tarikh bila. hihihi.


bila amati lirik ni, rasa beruntung jugak kalau ada orang yang cenggini padaku. hahaha. bercinta ngan orang lain tapi sebenarnya masih ingat kat daku. pehhh sentapp oi sentap. lalalala~ nah amek, dengarlah korang puas-puas lagu ni. 




terima kasih dan bubye. jumpa lagi nanti :-p

4 comments: