meh klik

rindu lah kat diorang










assalammualaikum. 


baru beberapa minit melepaskan entri pertama hari ni,lantas laju2 menaip untuk entri kedua walaupun jari sedikit kepenatan.wahaha.ku peduli apa.hari ni mood nak tulis berkobar2 pulok.


tajuk diatas merujuk kepada perasaan rindu.rindunyaaaa.
tapi kat sape?diorang tu merujuk kepada siapa?siapa?siapa?dan siapa?*sambil meramas2 muka macam orang gila*wakaka.


sebenarnya,rindu sangat kat bestfriends zaman sekolah kite lah.siapakah gerangan mereka itu.biarlah rahsia. *pangg kena penampor jepun sebab gedik nak rahsia2 bagai*
okay lah tak rahsia lah.nak bagitahu lah ni.
mereka ialah *sila buat sound effect yang cool sikit*


yang pertama makcik NURUL SHAHIDA BINTI YAACOB.minah ni peminat tegar warna pink.beliau tak heran pun walau beriban kutukan terhadap warna pink,masih tetap dengan pendirian.rindu lah kat dikau wahai manusia berimaginasi tinggi.ye.shida memang kuat berimaginasi.sekarang dia belajar kat matrik johor.pandai budak ni.sekarang busy,ntah bila dapat kita ketemu ye.hee.


yang kedua pulak makcik SITI MARYAM BINTI FATKHUL HADI.dia ni pulak sama ngn saya.minat gila warna hijau.hihi.time sekolah dulu berlawan2 lah alat tulis yang ada warna hijau2 ni.walaupun setitik warna hijau tertepek,pun dikira.kelakar.nanti cakap tiru sesama sendiri.padahal minat dah sama nak buat cam mana.mungkin instinct kawan baik terlalu kuat kot.hihi.dia ni sekarang gila kerja.hidup dia macam hanya untuk kerja kerja kerja je.wahaha.sorry mary.dengan mak minah ni dah banyak kali jugak lah jumpa.masih sama macam dulu,gelak2 je tahu.tapi dalam pada gelak2,hati lembut jugak.mudah menangis.dia ni boleh dikatakan sensitif jugak lah.uweekk.tak heran.hihi.mary,aku rindu kau jugak.


yang ketiga pulak SITI NORAISYAH BINTI ABDUL RASHID.okay antara ramai2.dia lah paling kecoh sekali.kecoh gila2.kalau dia tak datang or takde agak sunyi lah jugak.kitorang panggil dia echa.tapi saya lebih gemar panggil cha.lagi ringkas kan.hihi.sekarang dia ni belajar kat UiTM penang.jauh betul dia terbang.moga2 dia dapat belajar dengan tenang,sebab dia pernah cakap apa yang dia belajar tak masuk.lagi 2-3 tahun nampaklah cha ni pegang diploma.cha,aku rindu kau. 


itu sahaja kot.buat kawan2 saya yang baca ni harap korang terharu lah sebab entri pasal hangpa semua.haha.*poyo tak poyo aku*


diringkaskan cerita rindu shida,mary and cha.harap2 semua berjaya dalam hidup dan persahabatn kita kekal sampai bila2.jauh oleh tempat dan masa,tapi tak jauh dihati.goodluck korang :)


shida tetap maintain cute dari dulu smpi skrg

mary semakin pandai bergaya sekarang

cha masih sama :)

itu sahaja.
gambar: ehsan laman muka buku di bawah
kaler highlight ikut kaler fevret korang.wahaha.

terima kasih. :)





No comments:

Post a Comment