meh klik

kaedah-kaedah menuju bahagia diambil dari buku jangan bersedih



assalammualaikum :)


jom baca kaedah2 menuju bahagia ni.saya ambil dari buku jangan bersedih.hihi.tak salah untuk dikongsikan brsama kan.jom jom baca.jangan malas. peace (^_^)


  1. bila engkau berada pada pagi hari,janganlah menunggu dtangnya petang hari.bila engkau berada pada petang hari,janganlah menunggu datangnya waktu pagi.
  2. lupakan masa lalu yang telah trjadi.tumpukan diri pada masa kini kerana memikirkan masa lalu yang akan menimbulkan kesedihan hanyalah satu kebodohan.
  3. jangan menyibukkan diri untuk masa depan.jangan fikirkan hingga satu masa ia akan datang sndri.
  4. jangan mudah terganggu akan kritikan.teguhkan pendirian dalam menghadapinya,dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri anda setara dengan kritikan tersebut.
  5. BERIMAN KEPADA ALLAH DAN BERAMAL SOLEH.
  6. BERZIKIRLAH KEPADA ALLAH.
  7. harus menyedari bahawa sesuatu yang terjadi itu merupakan qada' dan qadar allah.
  8. jangan menunggu ucapan terima kasih daripada sseorang.
  9. bersedia untuk menghadapi kemungkinan trburuk.
  10. anggaplah kemungkinan yang terjadi itu ada kebaikan untuk kamu.
  11. semua ketentuan ALLAH adalah baik baginya.
  12. berfikir akan nikmat dan terus bersyukur.
  13. percayalah bahawa apa yang anda miliki adalah jauh lebih baik dari apa yang orang lain miliki.
  14. berfikirlah bahawa semuanya ada jalan keluar.
  15. BERDOA.
  16. anggap saja musibah akan menajamkan nurani dan kuatkan iman.
  17. setiap kesulitan ada kemudahan.
  18. jangan hancurkan hidup hanya kerana hal yang remeh.
  19. MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH.
  20. jangan marah jangan marah dan jangan marah.
  21. jangan risau jika tidak mempunyai harta di atas muka bumi ini.
  22. kebanyakan dari apa yang kita takutkan tidak kan berlaku.
  23. sesungguhnya jika ALLAH mncintai satu kaum itu,maka diturunkan cuba keatas mereka.
  24. anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya serta tinggalkan kekosongan dan pengangguran.
  25. jangan percaya kepada khabar angin.
  26. buang perasaan saling dengki mendengki dan perasaan ingin membalas dendam.
  27. ingatlah bahawa setiap musibah yang menimpa diri adalah penghapus dosa-dosa.
ni saya amek isi2 penting dia je.supaya senang sikit kot nak fahamkan.mana yang boleh dijadikan iktibar,amek lah dan boleh diterapkan dalam diri.kalau rasa takde yang boleh dijadikan motivasi,baca je lah.hewhew.



lukisan buruk jangan marah.hihi


itu sahaja.terima kasih :)

No comments:

Post a Comment