meh klik

tak salah kot

assalammualaikum.


lama mira tak update tulisan tulisan mira kat blog bajet ayu mira ni.hihi.pemalas sungguh.ahakkk.


gambar hiasan*


tetttt....pernah dapat mesej cenggini tak?hari ni mira nak citer pasal benda yang selalu berlaku kat pesbok ni lah.korang pernah tak orang send mesej suruh like2 pic tu semua?mesti pernah kan.nanti ada suruh like page then like photo yang diorang join contest page tu kan.bagi mira sendiri,benda tu takdelah annoying pun.yea memang tak annoying pun.setakat like apa lah sangat kan.tolong-menolong sesama kawan alam maya.bukan masalah besar pun.kalau korang taknak like tu korang padam je lah terus mesej tu.senang kan.ni ada yang mira perasan,siap printscreen lagi mesej tu dan ada yang siap maki2 si pen'join' contest tu.siap cakap lagi diorang tu batak like.haishh.apa benda lah.setakat hal tu korang nak tambah dosa memaki2.pastu dahlah taknak like,siap kutuk2 pulak tu kat gambar orang tu.aduhai.tak suka,tapi gedik juga tangan nak klik link gambar tu.kalau tak suka sekalipun jangan lah kutuk2 dekat public.diorang pun ada perasaan jugak.sebenarnya diorang pun bukan saja2 nak mintak jasa baik kita2 semua untuk like.dah memang rules pertandingan tu.memang kalau kat pesbok,admin2 dan penganjur2 contest2 akan suruh kita promote gambar untuk mendapatkan jumlah like yang terbanyak.lumrah lah tu kat pesbok.baru nampak berfungsi sungguh button like tu.


senang kata,kalau tak suka.padam je terus mesej tu.tak payah reply mahupun bagi cacian berguni2.lebih baik kan.silalah bersikap matang.kalau budak2 perangai gitu kita patut tegur.ni jangan kita pulak yang nak bersikap gitu.huishh.malu tau.nanti orang ketawakan hihihi.
*entry ni untuk peringatan sesama kawan2,bukan tujuan menghina ok!~


okaylah.itu sahaja untuk petang indah ni.will update more tomorrow.
tengkiu muahmuah.hahaha

4 comments: